SEKOLAH
MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR T6, KLUANG, JOHOR
KEPENTINGAN
INTERAKSI DALAM EKOSISTEM KEPADA MANUSIA DAN ALAM SEKITAR
NAMA:
ANIS AZUREEN BINTI NIK FARAEED
NUR
ZALIN KHALEDA BINTI RAZALI
NUR
NAZIRA BINTI MOHD NOOR
NAILI
NAJIHAH BINTI SUPIAN
SOFEA
BINTI SUHAIMI
TINGKATAN:
2 RK 1
TAHUN:
2013
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
B6 D3 E1
TUJUAN:
Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan
interaksi dalam ekosistem kepada manusia dan alam sekitar.
1. Bentuk
satu kumpulan yang terdiri daripada empat orang murid. Setiap kumpulan mempunyai
seorang pengerusi dan tiga orang ahli kumpulan.
2. Setiap
ahli kumulan akan bercakap tentang satu isu daripada tiga isu di bawah:
a. Kepentingan
interaksi antara organisma hidup dengan persekitaran.
b. Kebaikan
dan keburukan kawalan biologi dalam pertanian.
c. Kepentingan
fotosintesis dalam mengekalkan ekosistem seimbang.
3.
Setiap
kumpulan dikehendaki mengumpul semua maklumat dalam masa seminggu.
4. Kemudian,
persembahkansatu forum di hadapankelas.
5. Tuliskan
satu laporan. Laporan itu akan digunakan sebagai evidens. Kandungan laporan:
a. Nama
ahli kumpulan.
b. Kesemua
isu yang telah dibincangkan oleh ahli panel dan pengerusi.
c. Kesimpulan.
6.
Hanya satu evidens bagi setiap kumpulan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------
FORUM SAINS
Pengerusi : Tibanya
saya sudah lama, datang dengan semangat membara, mohon perhatian kalian semua,
saya ingin memulakan bicara. Indah sungguh alam maya, jagalah ia agar kekal
lama, dengarkan semua ucapan saya, untuk difikirkan bersama-sama. Indah sungguh
ciptaan Tuhan, mentari merah di waktu senja, salam sejahtera saya ucapkan,
sebagai tanda pembuka bicara. Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah SWT
sekalian. Pada pagi ini, tajuk forum kami adalah saling bersandaran antara
organisma hidup dan persekitaran. Antara tajuk yang kami akan sentuh pada pagi
ini adalah kepentingan interaksi antara organisma hidup dan ersekitaran,
kebaikan dan keburukan kawalan biologidalam pertanian dan kepentingan
fotosintesis dalam mengekalkan ekosistem seimbang. Baiklah di sebelah kanan
saya, ahli penel pertama, saudari Nur Zalin Khaleda. Assalamualaikum saudari.
Apa khabar saudari?
Zalin :
Waalaikumussalam. Alhamdulillah sihat cik pengerusi. Cik pengerusi pula
bagaimana?
Pengerusi : Alhamdulillah
sihat juga. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung, saudari Naili
Najihah. Selamat datang saudari. Di kiri saya pula kecil-kecil cili padi.
Saudari Anis Azureen. Manakala ahli panel terakhir, nampak pemalu tetapi petah
berkata-kata, saudari Nur Nazira. Selamat datang juga buat saudari. Saya
ucapkan ribuan terima kasih atas kesanggupan saudari semua menghadiri majlis
pada hari ini. Pada hari ini, saya ingin menyentuh tentang kepentingan
interaksi antara organisma hidup dan persekitaran. Pada saya interaksi antara
organisma hidup dapat mengekalkan saiz suatu populasi dalam ekosistem.
Interaksi antara organisma hidup dan persekitaran seperti mangsa- pemangsa,
simbiosis dan persaingan membolehkan ekosistem dikekalkan.
Nazira : Selain itu,
saya ingin menyatakan di sini apabila suatu populasi meningkat dengan pesat,
organisma dari spesies yang sama akan bersaing untuk mendapatkan keperluan
asas. Akibatnya sesetengah organisma akan mati dan mengurangkan saiz populasi.
Naili: Selain itu,
hadirin perlu tahu apa itu simbiosis seperti mana yang dikatakan oleh saudari
pengerusi. Hadirin perlu umum bahawa simbiosis terdiri daripada 3 bahagian.
Komensalisme, mutualisme dan parasitisme. Mutualisme bermaksud kedua-dua
organisma mendapat faedah sebagai contoh burung gembala dengan kerbau.
Zalin: Benar,
komensalisme adalah apabila satu spesies sangat memerlukan satu organism yang
lain seperti ikan remora memerlukan ikan yu untuk perlindungan dan makanan.
Parasitisme pula apabila satu spesies (perumah) memperoleh kerugian manakala
parasit pula memperoleh keuntungan seperti cacing pita di dalam usus manusia.
Pengerusi:
Kesimpulannya, hasil antara interaksi antara organism hidup adalah sangat
penting untuk mengawal saiz populasi dan mengawal keseimbangan ekosistem.
Seterusnya, kita ke isu yang kedua iaitu kebaikan dan kebutukan kawalan biologi
dalam pertanian. Pada zaman ini, petani lebih suka menggunakan bahan kimia
berbanding kawalan biologi. Saya serahkan kepada Anis untuk membincangkan
dengan lebih lanjut isu ini.
Anis: Terima kasih
pengerusi. Kawalan biologi, saya tidak pasti sama ada ia masih digunakan
ataupun tidak. Ini kerana kawalan biologi memerlukan masa yang lama dan sukar
dikawal kerana menggunakan organism hidup. Namun, cara ini mempunyai kebaikan.
Pengerusi:Apa pula
pendapat Nazira?
Nazira: memang benar
kawalan biologi mempunyai keburukan namun, ia tetap mempunyai kebaikan
antaranya dapat mengurangkan pencemaran alam kerana tidak menggunakan bahan
kimia. Selain itu, kesihatan manusia lebih terjamin.
Naili: Benar, kawalan
biologi mampu mengekalkan keseimbangan ekosistem. Pemangsa membunuh mangsa
tanpa menjejaskan kitaran makanan. Selain iu, serangga lain yang terlibat dalam
proses pendebungaan juga tidak terganggu.
Pengerusi:
Kesimpulannya, kawalan biologi mempunyai kebaikan dan keburukkannya yang
tersendiri. Isu terakhir kita pada hari ini ialah kepentingan fotosintesis
dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem. Saya serahkan pada saudari Zalin bagi
meminta pendapat beliau.
Zalin: Terima kasih
pengerusi. Sebelum itu, saya ingin hadirin sekalian mengingat kembali apa itu
proses fotosintesis. Fotosintesis ialah proses tumbuhan hijau menghasilkan
glukosa dan oksigen daripada karbon dioksida dan air dengan kehadiran cahaya
matahari. Setahu saya, fotosintesis ialah proses yang menukarkan tenaga cahaya
matahari kepada tenaga kimia. Tiada cara lain bagi tumbuhan untuk membuat
makanan.
Pengerusi: Apa pula
pendapat saudari Anis?
Anis: Fotosintesis
dijalankan oleh tumbuhan. Tumbuhan pula adalah sumber utama tenaga bagi
pengguna dalam siratan makanan. Proses ini menukarkan karbon dioksida kepada
oksigen yang diperlukan dalam proses respirasi. Selain itu, ia juga terlibat
dalam proses kitar karbon dan kitar oksigen. Ini penting bagi memastikan
keseimbangan kandungan gas-gas di atmosfera.
Pengerusi: Nampaknya,
forum ini telah sampai ke penghujungnya. Kesimpulannya, ekosistem yang stabil,
produktif dan seimbang menjanjikan kebaikan kepada diri dan alam. Terima kasih
diucap buat semua hadirin yang setia mendengar. Sekian terima kasih.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
KESIMPULAN
- Interaksi dalam ekosistem ialah saling bersandaran antara satu sama lain.
- Interaksi antara organisma hidup adalah penting untuk mengawal saiz populasi dan mengawal keseimbangan ekosistem.
- Kawalan biologi mempunyai kebaikkan dan keburukannya yang tersendiri.
- Fotosistesis adalah penting dalam mengekalkan keseimbangan karbon dioksida dan oksigen dalam atmosfera bagi mencapai ekosistem seimbang.
- Ekosistem yang stabil, produktif dan seimbang mendatangkan kebaikan kepada hidupan dan alam sekitar.
Harap maklumat ini berguna untuk kerja kursus anda. Kalau ingin bertanyakan soalan atau mengemukakan pendapat anda, sangat di alu-alukan ;-)
Thanks to this blog owner , because blog ni banyak membantu saya.. thanks yaww..
ReplyDeletekalau untuk point punye x de eh..?
ReplyDeletehmm..awk nak yg point ye ? hehe..maaf la sy hanya share pbs yg kami buat shja ;) ..
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletesalam,saya nak tanya tentang
ReplyDelete1-objektif kajian
2-dapatan kajian
bantuan ariana amat saya harapkan
thans to the owner :) bnyak membantu sya buat pbs nie
ReplyDeleteSaya nak tahu kaedah kajian nya
ReplyDelete