Saturday 14 December 2013

CONTOH-CONTOH PBS PSV SAYA!!! (Tingkatan 2)

Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Saya ingin berkongsi PBS PSV yang telah saya laksanakan dan telah siap dihantar untuk tingkatan 2. Kalau tak cantik jangan marah ye :)



KOLAJ - Ibu kata kolaj saya macam budak kecil. Seriously saya memang tak minat kolaj. Tetapi, jika tidak kerana PBS, mesti saya tidak akan tahu menahu tentang kolaj ni.


SULAMAN - Sangat simple dan warna latar belakang sulaman memang tidak sesuai. Saya main hanya guna kain terpakai je (jimat kos).


ARCA (Tanah Liat) - Kombinasi warna boleh dikatakan "matching", cuma tidak kemas kerana gamnya kelihatan dan tidak buat dengan lebih teliti.


CATAN - Emm.. ok lah sebab ini pertama kali saya menggunakan kaedah catan dalam lukisan. Saya memang tidak banyak tahu pasal catan dan tekniknya. (Time tu main buat je janji jadi)


MUKA DEPAN BUKU - Harimau dah cantik, cuma backgroundnya nampak macam terlalu simple dan tak strategik.

Hah.. Sebenarnya ada lagi satu. PBS yang itu kena lukis buah-buahan. Itu PBS PSV yang pertama rasanya dan saya tidak terfikir nak ambil gambar. Jadi, saya tak dapatlah nak share..hehe

Sesiapa yang nak coment tu comentlah. mungkin boleh bagi nasihat kat lukisan saya supaya saya boleh improve kan lagi. ;)