Monday 30 September 2013

Forum Kemalangan Jalan Raya


Pengerusi : Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh, dan salam sejahtera. Bersua kita lagi dalam majlis ilmu yang memfokuskan tentang permasalahan di kalangan rakyat Malaysia iaitu Kemalangan Jalan Raya. Sebagai pembuka bicara, izinkan saya membaca serangkap pantun sebagai pemanis kata

Jejaran mengkudu berbias kesuma,
Di celah angsana di Tanah Jawa,
Ucapan Aluan pembuka bicara,       
Dengan izinNya kita bersua.

Tanpa melengahkan masa lagi, saya memperkenalkan tiga orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para jejaka tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang ahli panel kita pada hari ini.

Baiklah di sebelah kanan saya, ahli panel yang pertama, saudari Anis Azureen binti Nik Faraeed dari Kelab Mencegah Kemalangan Jalan Raya Negeri Johor. Seterusnya, ahli panel yang kedua, ayu berbaju kurung, saudari Nur Hidayah binti Wahid dari Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Johor. Dan di hujung sana, Nampak pemalu tapi bijak berkata-kata, saudari Sofea binti Suhaimi yang merupakan lepasan universiti luar negara dengan kelulusan Undang-undang. Selamat datang buat ahli panel dan hadirin sekalian.

Baiklah, sebelum saya menyimpang lebih jauh, izinkan saya menerangkan apa itu Kemalangan Jalan Raya. Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga kematian. Kemalangan jalan raya bukanlah satu perkara baru di negara kita malahan sejak sekian lama. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai angka kematian kemalangan yang tinggi. Oleh itu, pastinya kemalangan jalan raya ini mempunyai sebab atau faktor kejadian itu berlaku. Boleh saudari Nur Hidayah terangkan faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya?

Nur Hidayah : Terima kasih kepada saudari pengerusi. Sebenarnya, berlakunya kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu itu sendiri. Kebanyakan pemandu cenderung memandu laju dengan melebihi had laju yang ditetapkan. Terdapat juga pemandu yang melanggar lampu isyarat merah dan memberhentikan kenderaan di tempat yang dilarang. Sikap negatif pemandu ini bukan sahaja menyusahkan dirinya, malah dia juga turut menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Selain itu, keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik turut menjadi penyebab. Kebanyakan kos kemalangan berlaku disebabkan sistem brek yang gagal berfungsi dengan baik. Terdapat juga kemalangan berlaku disebabkan tayar kenderaan meletup akibat tayar tersebut rosak atau anginnya berlebihan. Oleh itu, pengguna jalan raya perlu memperuntukkan sejumlah wang untuk menyelenggara kenderaan mereka.

Sofea : Di sini saya boleh menambah sedikit penyebab kemalangan jalan raya. Selain daripada itu, kurangnya pemantauan daripada pihak berkuasa juga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku. Pihak berkuasa seperti pihak polis hendaklah membuat pemantauan di tempat-tempat yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan. Pihak berkuasa mestilah mengambil tindakan undang­-undang terhadap pesalah jalan raya. Pemantauan yang dijalankan secara berterusan akan menjadikan pengguna jalan raya lebih berhemah ketika di jalan raya sekali gus boleh mengelakkan kemalangan.

Pengerusi : Terima kasih saudari Nur Hidayah dan saudari Sofea. Seperti kata peribahasa ‘ada anginya, ada pokoknya’. Justeru, apa pula kesan-kesan daripada kemalangan jalan raya ? Apa pandangan panel-panel kita.

Anis : Soalan yang ditunggu-tunggu oleh saya. Baiklah, lazimnya berbagai-bagai kerosakan akan berlaku ekoran daripada kemalangan jalan raya. Kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat dalam kemalangan jalan raya seperti syarikat insurans terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang banyak untuk memenuhi tujuan membaik pulih dan membayar pampasan. Kerajaan juga terpaksa membaiki kerosakan jalan raya dan kemudahan asas yang berpunca daripada kemalangan jalan raya. Tambahan pula, syarikat insurans perlu membayar tuntutan insurans dan bil perubatan yang tertunggak akibat kemalangan jalan raya tidak kira mangsa kemalangan jalan raya itu cedera atau maut. Setiap tahun, jutaan ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan dan syarikat insuran kerana kadar kemalangan jalan raya yang amat tinggi di Malaysia. Alanagkah baiknya wang sejumlah itu dislaurkan untuk tuuan pembangunan prasarana seperti projek prmbangunan negara. Jelaslah kemalangan jalan raya akan mendatangkan kerugian kepada ekonomi Negara.
Hidayah : Tepat sekali pendapat saudari. Tambahan pula, kemlangan jalan raya akan menyebabkan kematian dan kemungkinan besar mengalami kecacatan. Kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya majoritinya akan merempuh ke alammaut kerana kecederaan yang parah terutamanya bahagian kepala.Ini kerana,sekiranya berlakuhentakan yang kuat pada bahagian kepala boleh menyebabkan pendarahan pada bahagian otakmanusia.Sebab itulah peluang untuk manusia hidup amat tipis.Terdapat sebahagian yang mengalamikemalangan juga masih selamat tetapi mengalami kecacatan seperti tangan kudung,kaki dipotong ataubuta dan juga hilang ingatan.Sebab itulah,keselamatan amat penting dan perlu diingat setiap masa. Di samping itu, kemalangan jalan raya juga dapat memberi kesedaran dalam diri pengguna agar lebih berwaspada semasa memandu dan mengamalkan sikap berhati-hati.Terutamanya semasa melalui jalan yang mempunyai selekoh tajam atau jalan yang berbukit-bukit. Keadaan kemalangan yang mengerikan akan dapat melahirkan rasa gerun dalam diri manusia dan melahirkan rasa insaf dan takut jika mengalami perkara yang sama sekiranya mereka tidak berhati-hati di jalan raya.




Pengurusi : Wau, begitu padat sekali isi yang diberikan oleh kedua-dua panel kita pada hari ini. Kita berbalik kepada soalan saya yang terakhir. Sebagai langkah untuk menghindari nyawa pengguna jalan raya daripada terus melayang, langkah penjagaan keselamatan mereka perlu disegerakan. Pihak berkuasa mesti memandang berat terhadap sebarang usaha untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Apakah langkah-langkah yang dilakukan untuk membendung masalah ini daripada terus meningkat?

Sofea : Masyarakat iaitu kita semua amat berperanan dalam membendung masalah kemalangan jalan raya ini memandangkankitalah pengguna jalan raya. Justeru, kita perlu memastikan keadaan kenderaan berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan. Sebelum memulakan perjalanan yang jauh, kita perlu mendapat rehat secukup-cukupnya. Kita perlu tidur dahulu ataupun berehat di hentian-hentian rehat dan rawat sekiranya berasa letih atau mengantuk kerana ‘ terlelap sesaat membawa maut’. Selain itu, pemandu juga perlu mematuhi arahan had laju dan sentiasa siaga atau siap sedia dengan papan-papan tanda di jalan raya. Pemandu juga mestilah tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tidak ber’sms’ ketika memandu. Pemandu perlulah memakai tali pinggang keledar sebagai langkah keselamatan.

Anis : Dalam pada itu, keadaan  jalan raya di Malaysia terutamanya di pedalaman hendaklah dinaiktaraf bagi mengelakkan daripada berlakunya kemalangan yang dapat meragut nyawa. Belakangan ini, pihak berkuasa telah menerima banyak rungutan dan aduan daripada mereka yang sering ulang-alik dari tempat kerja tidak kira siang atau malam yang perlu melalui jalan itu. Lebih parah lagi, ada bahagian jalan yang sudah berlopak dan sering dipenuhi dengan lumpur.
Pengerusi : Mungkin panel kita yang kedua boleh menambah sedikit pendapat panel kita yang lain.

Hidayah : Secara intihanya, semua pihak memainkan peranan dalam mengatasi masalah kemalangan jalan raya ini. Kita hendaklah bersatu padu. Hal ini kerana muafakat membawa berkat. Sebelum ‘kudis menjadi pekung’ biarlah masalah ini beransur-ansur pulih dengan kerjasama kita semua kerana ‘mencegah lebih baik daripada merawat’. Justeru itu,kesedaran dan sikap prihatin dalam diri setiap masyarakat haruslah diwujudkan agarkemalangan jalan raya dapat dikurangkan.Kita hendaklah menjadikannya sebagai pengajaran pada masaakan datang.Janganlah sehingga orang yang kesayangan kita terlibatbarulah kita bertindak .

Pengerusi : Pandangan dan kata-kata yang sangat berharga oleh panel kita pada hari ini. Ucapan ribuan terima kasih kepada ahli-ahli panel kita kerana sudi meluangkan masa untuk menghadiri dan berkongsikan pendapat masing-masing. Semoga apa yang kita dapat pada hari ini bukan sekadar ‘masuk telinga kanan, keluar telinga kiri’. Nampaknya, masa amat mencemburui kita. Kesimpulannya,keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama. ‘Api kecil baik dipadamkan’. Jika tidak, kemalangan jalan raya akan menjadi batu penghalang kepada kemajuan negara. Kehilangan sumber manusia yang merupakan nadi penggerak pembangunan Negara, perbelanjaan membayar kerja memabik pulih dan pampasan insuran serta tercemarnya imej negara akan membawa padah kepada ekonomi. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu untuk memastikan masalah ini tidak semakin berleluasa. Usah menepuk dada menanya selera, tetapi tepuklah dahi, bukalah minda dan fikir-fikirkanlah. Sebelum kami mengundurkan diri, terimalah serangkap pantun nan indah daripada saya.

Tuailah padi antara masak,
Esok janagn rayu-rayuan,
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.

Salam hormat. Sehingga kita bertemu lagi. Akhir kata,

Orang putih, orang Pakistan,
Terima kasih, Syukran jazilan.

Wabillah hitaufiq Walhidayah Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.








Saturday 28 September 2013

Contoh-contoh Model Bandar Lestari

  Botol juga boleh digunakan untuk mencipta model bangunan.

 Model bandar ini menggunakan tanah liat. Mungkin kita boleh menggunakan kotak yang dibalut dengan tanah liat untuk meperkukuhkan bangunan.

 Rasanya model bangunan ini dicipta dengan kotak ubat gigi.
 
Sebuah bandar lestari yang lengkap. InsyaAllah dapat band 6.
Menggunakan kotak sebagai untuk membuat bangunan dan petempatan.

 Sebuah bandar yang lengkap.

Mungkin rumput yang digunakan daripada kapas yang direndam dengan pewarna.

Model Bandar Lestari yang lebih kepada alam sekitar kerana tidak mempunyanyi banyak bangunan dan petempatan.


Kepentingan Interaksi Dalam Ekosistem Kepada Manusia dan Alam Sekitar






SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BANDAR T6, KLUANG, JOHOR
KEPENTINGAN INTERAKSI DALAM EKOSISTEM KEPADA MANUSIA DAN ALAM SEKITAR


NAMA: ANIS AZUREEN BINTI NIK FARAEED
NUR ZALIN KHALEDA BINTI RAZALI
NUR NAZIRA BINTI MOHD NOOR
NAILI NAJIHAH BINTI SUPIAN
SOFEA BINTI SUHAIMI


TINGKATAN: 2 RK 1


TAHUN: 2013



------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



 B6 D3 E1

 TUJUAN:
 Memberi kesedaran kepada murid tentang kepentingan interaksi dalam ekosistem kepada manusia dan  alam sekitar.
1.       Bentuk satu kumpulan yang terdiri daripada empat orang murid. Setiap kumpulan mempunyai seorang  pengerusi dan tiga orang ahli kumpulan.
2.       Setiap ahli kumulan akan bercakap tentang satu isu daripada tiga isu di bawah:

a.       Kepentingan interaksi antara organisma hidup dengan persekitaran.
b.      Kebaikan dan keburukan kawalan biologi dalam pertanian.
c.       Kepentingan fotosintesis dalam mengekalkan ekosistem seimbang.
3.     
      Setiap kumpulan dikehendaki mengumpul semua maklumat dalam masa seminggu.
4.      Kemudian, persembahkansatu forum di hadapankelas.
5.      Tuliskan satu laporan. Laporan itu akan digunakan sebagai evidens. Kandungan laporan:

a.       Nama ahli kumpulan.
b.      Kesemua isu yang telah dibincangkan oleh ahli panel dan pengerusi.
c.       Kesimpulan.
6.    
            Hanya  satu evidens bagi setiap kumpulan.


---------------------------------------------------------------------------------------------------------  




FORUM SAINS

Pengerusi : Tibanya saya sudah lama, datang dengan semangat membara, mohon perhatian kalian semua, saya ingin memulakan bicara. Indah sungguh alam maya, jagalah ia agar kekal lama, dengarkan semua ucapan saya, untuk difikirkan bersama-sama. Indah sungguh ciptaan Tuhan, mentari merah di waktu senja, salam sejahtera saya ucapkan, sebagai tanda pembuka bicara. Hadirin dan hadirat yang dirahmati Allah SWT sekalian. Pada pagi ini, tajuk forum kami adalah saling bersandaran antara organisma hidup dan persekitaran. Antara tajuk yang kami akan sentuh pada pagi ini adalah kepentingan interaksi antara organisma hidup dan ersekitaran, kebaikan dan keburukan kawalan biologidalam pertanian dan kepentingan fotosintesis dalam mengekalkan ekosistem seimbang. Baiklah di sebelah kanan saya, ahli penel pertama, saudari Nur Zalin Khaleda. Assalamualaikum saudari. Apa khabar saudari?

Zalin : Waalaikumussalam. Alhamdulillah sihat cik pengerusi. Cik pengerusi pula bagaimana?

Pengerusi : Alhamdulillah sihat juga. Seterusnya ahli panel kedua, ayu berbaju kurung, saudari Naili 
Najihah. Selamat datang saudari. Di kiri saya pula kecil-kecil cili padi. Saudari Anis Azureen. Manakala ahli panel terakhir, nampak pemalu tetapi petah berkata-kata, saudari Nur Nazira. Selamat datang juga buat saudari. Saya ucapkan ribuan terima kasih atas kesanggupan saudari semua menghadiri majlis pada hari ini. Pada hari ini, saya ingin menyentuh tentang kepentingan interaksi antara organisma hidup dan persekitaran. Pada saya interaksi antara organisma hidup dapat mengekalkan saiz suatu populasi dalam ekosistem. Interaksi antara organisma hidup dan persekitaran seperti mangsa- pemangsa, simbiosis dan persaingan membolehkan ekosistem dikekalkan.

Nazira : Selain itu, saya ingin menyatakan di sini apabila suatu populasi meningkat dengan pesat, organisma dari spesies yang sama akan bersaing untuk mendapatkan keperluan asas. Akibatnya sesetengah organisma akan mati dan mengurangkan saiz populasi.

Naili: Selain itu, hadirin perlu tahu apa itu simbiosis seperti mana yang dikatakan oleh saudari pengerusi. Hadirin perlu umum bahawa simbiosis terdiri daripada 3 bahagian. Komensalisme, mutualisme dan parasitisme. Mutualisme bermaksud kedua-dua organisma mendapat faedah sebagai contoh burung gembala dengan kerbau.

Zalin: Benar, komensalisme adalah apabila satu spesies sangat memerlukan satu organism yang lain seperti ikan remora memerlukan ikan yu untuk perlindungan dan makanan. Parasitisme pula apabila satu spesies (perumah) memperoleh kerugian manakala parasit pula memperoleh keuntungan seperti cacing pita di dalam usus manusia.

Pengerusi: Kesimpulannya, hasil antara interaksi antara organism hidup adalah sangat penting untuk mengawal saiz populasi dan mengawal keseimbangan ekosistem. Seterusnya, kita ke isu yang kedua iaitu kebaikan dan kebutukan kawalan biologi dalam pertanian. Pada zaman ini, petani lebih suka menggunakan bahan kimia berbanding kawalan biologi. Saya serahkan kepada Anis untuk membincangkan dengan lebih lanjut isu ini.

Anis: Terima kasih pengerusi. Kawalan biologi, saya tidak pasti sama ada ia masih digunakan ataupun tidak. Ini kerana kawalan biologi memerlukan masa yang lama dan sukar dikawal kerana menggunakan organism hidup. Namun, cara ini mempunyai kebaikan.
Pengerusi:Apa pula pendapat Nazira?

Nazira: memang benar kawalan biologi mempunyai keburukan namun, ia tetap mempunyai kebaikan antaranya dapat mengurangkan pencemaran alam kerana tidak menggunakan bahan kimia. Selain itu, kesihatan manusia lebih terjamin.

Naili: Benar, kawalan biologi mampu mengekalkan keseimbangan ekosistem. Pemangsa membunuh mangsa tanpa menjejaskan kitaran makanan. Selain iu, serangga lain yang terlibat dalam proses pendebungaan juga tidak terganggu.
Pengerusi: Kesimpulannya, kawalan biologi mempunyai kebaikan dan keburukkannya yang tersendiri. Isu terakhir kita pada hari ini ialah kepentingan fotosintesis dalam mengekalkan keseimbangan ekosistem. Saya serahkan pada saudari Zalin bagi meminta pendapat beliau.

Zalin: Terima kasih pengerusi. Sebelum itu, saya ingin hadirin sekalian mengingat kembali apa itu proses fotosintesis. Fotosintesis ialah proses tumbuhan hijau menghasilkan glukosa dan oksigen daripada karbon dioksida dan air dengan kehadiran cahaya matahari. Setahu saya, fotosintesis ialah proses yang menukarkan tenaga cahaya matahari kepada tenaga kimia. Tiada cara lain bagi tumbuhan untuk membuat makanan.

Pengerusi: Apa pula pendapat saudari Anis?

Anis: Fotosintesis dijalankan oleh tumbuhan. Tumbuhan pula adalah sumber utama tenaga bagi pengguna dalam siratan makanan. Proses ini menukarkan karbon dioksida kepada oksigen yang diperlukan dalam proses respirasi. Selain itu, ia juga terlibat dalam proses kitar karbon dan kitar oksigen. Ini penting bagi memastikan keseimbangan kandungan gas-gas di atmosfera.
Pengerusi: Nampaknya, forum ini telah sampai ke penghujungnya. Kesimpulannya, ekosistem yang stabil, produktif dan seimbang menjanjikan kebaikan kepada diri dan alam. Terima kasih diucap buat semua hadirin yang setia mendengar. Sekian terima kasih.



--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


    
     KESIMPULAN
       

  1. Interaksi dalam ekosistem ialah saling bersandaran antara satu sama lain.
  2.  Interaksi antara organisma hidup adalah penting untuk mengawal saiz populasi dan mengawal keseimbangan ekosistem.
  3.  Kawalan biologi mempunyai kebaikkan dan keburukannya yang tersendiri.
  4. Fotosistesis adalah penting dalam mengekalkan keseimbangan karbon dioksida dan oksigen dalam atmosfera bagi mencapai ekosistem seimbang.
  5. Ekosistem yang stabil, produktif dan seimbang mendatangkan kebaikan kepada hidupan dan alam sekitar.