Pengerusi :
Assalammualaikum warahmatullahhiwabarakatuh, dan salam sejahtera. Bersua kita
lagi dalam majlis ilmu yang memfokuskan tentang permasalahan di kalangan rakyat
Malaysia iaitu Kemalangan Jalan Raya. Sebagai pembuka bicara, izinkan saya
membaca serangkap pantun sebagai pemanis kata
Jejaran mengkudu berbias kesuma,
Di celah angsana di Tanah Jawa,
Ucapan Aluan pembuka bicara,
Dengan izinNya kita bersua.
Tanpa melengahkan masa
lagi, saya memperkenalkan tiga orang ahli panel yang tidak asing lagi. Jangan
ragu dan jangan risau kerana nampaknya warga dewan kita khususnya para jejaka
tidak senang duduk melihat kejelitaan tiga orang ahli panel kita pada hari ini.
Baiklah di sebelah
kanan saya, ahli panel yang pertama, saudari Anis Azureen binti Nik Faraeed
dari Kelab Mencegah Kemalangan Jalan Raya Negeri Johor. Seterusnya, ahli panel
yang kedua, ayu berbaju kurung, saudari Nur Hidayah binti Wahid dari Jabatan
Pengangkutan Jalan Negeri Johor. Dan di hujung sana, Nampak pemalu tapi bijak
berkata-kata, saudari Sofea binti Suhaimi yang merupakan lepasan universiti
luar negara dengan kelulusan Undang-undang. Selamat datang buat ahli panel dan
hadirin sekalian.
Baiklah, sebelum saya
menyimpang lebih jauh, izinkan saya menerangkan apa itu Kemalangan Jalan Raya.
Kemalangan jalan raya ialah peristiwa ngeri yang
biasanya melibatkan perlanggaran dua kenderaan atau lebih di jalan raya atau
pun lebuh raya. Kemalangan sebegini biasanya boleh membawa kecederaan dan juga
kematian. Kemalangan jalan raya bukanlah satu perkara baru di negara kita
malahan sejak sekian lama. Negara kita merupakan antara negara yang mempunyai
angka kematian kemalangan yang tinggi. Oleh itu, pastinya kemalangan jalan raya
ini mempunyai sebab atau faktor kejadian itu berlaku. Boleh saudari Nur Hidayah
terangkan faktor-faktor berlakunya kemalangan jalan raya?
Nur
Hidayah : Terima kasih kepada saudari pengerusi. Sebenarnya, berlakunya kemalangan
jalan raya ialah sikap pemandu itu sendiri. Kebanyakan pemandu cenderung
memandu laju dengan melebihi had laju yang ditetapkan. Terdapat juga pemandu
yang melanggar lampu isyarat merah dan memberhentikan kenderaan di tempat yang
dilarang. Sikap negatif pemandu ini bukan sahaja menyusahkan dirinya, malah dia
juga turut menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Selain itu,
keadaan kenderaan yang tidak diselenggara dengan baik turut menjadi penyebab. Kebanyakan
kos kemalangan berlaku disebabkan sistem brek yang gagal berfungsi dengan baik. Terdapat juga kemalangan
berlaku disebabkan tayar kenderaan meletup akibat tayar tersebut rosak atau
anginnya berlebihan. Oleh itu, pengguna jalan raya perlu memperuntukkan
sejumlah wang untuk menyelenggara kenderaan mereka.
Sofea
: Di sini saya boleh menambah sedikit penyebab kemalangan jalan raya. Selain
daripada itu, kurangnya pemantauan daripada
pihak berkuasa juga boleh menyebabkan kemalangan jalan raya berlaku. Pihak berkuasa seperti pihak polis hendaklah membuat
pemantauan di tempat-tempat yang dikenal pasti sering berlaku kemalangan. Pihak
berkuasa mestilah mengambil tindakan undang-undang terhadap pesalah jalan raya. Pemantauan yang dijalankan
secara berterusan akan menjadikan pengguna jalan raya lebih berhemah ketika di
jalan raya sekali gus boleh mengelakkan kemalangan.
Pengerusi
: Terima kasih saudari Nur Hidayah dan saudari Sofea. Seperti kata peribahasa
‘ada anginya, ada pokoknya’. Justeru, apa pula kesan-kesan daripada kemalangan
jalan raya ? Apa pandangan panel-panel kita.
Anis :
Soalan yang ditunggu-tunggu oleh
saya. Baiklah, lazimnya berbagai-bagai kerosakan akan berlaku ekoran daripada
kemalangan jalan raya. Kerajaan dan pihak-pihak yang terlibat dalam kemalangan
jalan raya seperti syarikat insurans terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang
banyak untuk memenuhi tujuan membaik pulih dan membayar pampasan. Kerajaan juga
terpaksa membaiki kerosakan jalan raya dan kemudahan asas yang berpunca
daripada kemalangan jalan raya. Tambahan pula, syarikat insurans perlu membayar
tuntutan insurans dan bil perubatan yang tertunggak akibat kemalangan jalan
raya tidak kira mangsa kemalangan jalan raya itu cedera atau maut. Setiap
tahun, jutaan ringgit telah dibelanjakan oleh kerajaan dan syarikat insuran
kerana kadar kemalangan jalan raya yang amat tinggi di Malaysia. Alanagkah
baiknya wang sejumlah itu dislaurkan untuk tuuan pembangunan prasarana seperti
projek prmbangunan negara. Jelaslah kemalangan jalan raya akan mendatangkan
kerugian kepada ekonomi Negara.
Hidayah : Tepat sekali
pendapat saudari. Tambahan pula, kemlangan jalan raya akan menyebabkan kematian
dan kemungkinan besar mengalami kecacatan. Kebanyakan mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya
majoritinya akan merempuh ke alammaut kerana kecederaan yang parah
terutamanya bahagian kepala.Ini kerana,sekiranya berlakuhentakan yang kuat pada
bahagian kepala boleh menyebabkan pendarahan pada bahagian
otakmanusia.Sebab itulah peluang untuk manusia hidup amat tipis.Terdapat
sebahagian yang mengalamikemalangan juga masih selamat tetapi
mengalami kecacatan seperti tangan kudung,kaki dipotong ataubuta dan
juga hilang ingatan.Sebab itulah,keselamatan amat penting dan perlu
diingat setiap masa. Di samping itu, kemalangan jalan raya juga dapat
memberi kesedaran dalam diri pengguna agar lebih berwaspada semasa memandu
dan mengamalkan sikap berhati-hati.Terutamanya semasa melalui jalan
yang mempunyai selekoh tajam atau jalan yang berbukit-bukit. Keadaan
kemalangan yang mengerikan akan dapat melahirkan rasa gerun dalam
diri manusia dan melahirkan rasa insaf dan takut jika mengalami
perkara yang sama sekiranya mereka tidak berhati-hati di jalan raya.
Pengurusi
: Wau, begitu padat sekali isi yang diberikan oleh kedua-dua panel kita pada
hari ini. Kita berbalik kepada soalan saya yang terakhir. Sebagai langkah untuk menghindari nyawa pengguna
jalan raya daripada terus melayang, langkah penjagaan keselamatan mereka perlu
disegerakan. Pihak berkuasa mesti memandang berat terhadap sebarang usaha untuk
mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Apakah langkah-langkah yang dilakukan
untuk membendung masalah ini daripada terus meningkat?
Sofea : Masyarakat
iaitu kita semua amat berperanan dalam membendung masalah kemalangan jalan raya
ini memandangkankitalah pengguna jalan raya. Justeru, kita perlu memastikan
keadaan kenderaan berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan.
Sebelum memulakan perjalanan yang jauh, kita perlu mendapat rehat
secukup-cukupnya. Kita perlu tidur dahulu ataupun berehat di hentian-hentian
rehat dan rawat sekiranya berasa letih atau mengantuk kerana ‘ terlelap sesaat
membawa maut’. Selain itu, pemandu juga perlu mematuhi arahan had laju dan
sentiasa siaga atau siap sedia dengan papan-papan tanda di jalan raya. Pemandu
juga mestilah tidak menggunakan telefon bimbit semasa memandu dan tidak
ber’sms’ ketika memandu. Pemandu perlulah memakai tali pinggang keledar sebagai
langkah keselamatan.
Anis : Dalam pada itu, keadaan jalan raya di Malaysia
terutamanya di pedalaman hendaklah dinaiktaraf bagi mengelakkan daripada
berlakunya kemalangan yang dapat meragut nyawa. Belakangan ini, pihak berkuasa
telah menerima banyak rungutan dan aduan daripada mereka yang sering ulang-alik
dari tempat kerja tidak kira siang atau malam yang perlu melalui jalan itu.
Lebih parah lagi, ada bahagian jalan yang sudah berlopak dan sering dipenuhi
dengan lumpur.
Pengerusi : Mungkin panel kita yang
kedua boleh menambah sedikit pendapat panel kita yang lain.
Hidayah : Secara intihanya, semua
pihak memainkan peranan dalam mengatasi masalah kemalangan jalan raya ini. Kita
hendaklah bersatu padu. Hal ini kerana muafakat membawa berkat. Sebelum ‘kudis
menjadi pekung’ biarlah masalah ini beransur-ansur pulih dengan kerjasama kita
semua kerana ‘mencegah lebih baik daripada merawat’. Justeru itu,kesedaran dan
sikap prihatin dalam diri setiap masyarakat haruslah diwujudkan
agarkemalangan jalan raya dapat dikurangkan.Kita hendaklah menjadikannya
sebagai pengajaran pada masaakan datang.Janganlah sehingga orang
yang kesayangan kita terlibatbarulah kita bertindak .
Pengerusi : Pandangan
dan kata-kata yang sangat berharga oleh panel kita pada hari ini. Ucapan ribuan
terima kasih kepada ahli-ahli panel kita kerana sudi
meluangkan masa untuk menghadiri dan berkongsikan pendapat masing-masing.
Semoga apa yang kita dapat pada hari ini bukan sekadar ‘masuk telinga kanan,
keluar telinga kiri’. Nampaknya, masa amat mencemburui kita.
Kesimpulannya,keselamatan jalan raya adalah tanggungjawab bersama. ‘Api kecil
baik dipadamkan’. Jika tidak, kemalangan jalan raya akan menjadi batu
penghalang kepada kemajuan negara. Kehilangan sumber manusia yang merupakan
nadi penggerak pembangunan Negara, perbelanjaan membayar kerja memabik pulih
dan pampasan insuran serta tercemarnya imej negara akan membawa padah kepada
ekonomi. Oleh itu, kita perlulah berganding bahu untuk memastikan masalah ini
tidak semakin berleluasa. Usah menepuk dada menanya selera, tetapi tepuklah
dahi, bukalah minda dan fikir-fikirkanlah. Sebelum kami mengundurkan diri,
terimalah serangkap pantun nan indah daripada saya.
Tuailah padi antara masak,
Esok janagn rayu-rayuan,
Intailah kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.
Salam hormat. Sehingga kita bertemu
lagi. Akhir kata,
Orang putih, orang Pakistan,
Terima kasih, Syukran jazilan.
Wabillah hitaufiq Walhidayah
Assalammualaikum Warahmatullahhiwabarakatuh.